Pages

Thursday, June 23, 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG NI

olaa.... nampaknya segmen Abg Ben muncul lagi.... Tapi kali ni segmen ini agak 'kejam' n dengar tajuk pun  memang da kejam kan, almaklumlah sekarang ni kan musim hack- meng'hack'....

klu nak join klik aje banner ini :)


Soalan cepumasnya ialah :

blog manakah yang SyaCda teringin benar nak hack ?

~lalalalaalaa..... SyaCda teringin sangat nak hack blog  Ten little fingers  hak milik eB ezrin... :p




Kenapa SyaCda memilih blog beliau ?

SyaCda nak hack blog beliau disebabkan i love taking pictures and i love a pictures.... oleh disebabkan itu, SyaCda suke sangat tengok blog eB Ezrin bcoz  lot of pictures nye yang canteks2... semua gambar2 tu so sweet & nampak ikhlas sangat.... Gambar2 kebanyakkannya about  her family, memang look like happy-happy family la.... Mula2 gambar2 nye yang kebanyakan black&white tu la SyaCda suke tengok.... Bagi SyaCda eB ezrin pandai tarik followers dgn gambar dan cerita disebalik gambar itu.... suke..suke..suke..


& lastly, pesanan untuk eB ezrin:
 mintak maap ye eB, ini hack bukan hack kejam, tapi hack manje-manje je & tukar kamera boleh??? :P




~~Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati...

Excident Lagi...............Salah Siapa??

Olaa.... selamat hari khamis semua.... Mulakan hari anda dengan senyuman..... 

SyaCda baru je lepas berborak dengan My Lovely Nenek pasal excident dekat dengan umah SyaCda jugak... seorang budak dilanggar dan telah meninggal di tempat kejadian (semoga rohnya dicucuri rahmat),budak tu dilanggar coz pemandu kereta  terbabit kejar lampu... dan semalam pulak mber ofis SyaCda cerita dia, excident depan mata dia, penunggang motosikal dilanggar, coz u-turn di tempat yang salah..... pastu teringat plak yang 2 tahun yang lepas arwah atok SyaCda jugak meninggal sebab dilanggar kereta yang kejar lampu ,dan klu kita tengok paper semalam dan hari ini jugak banyak story pasal excident huhu, (minta jauh la dari semua tu).... Salah siapa??

Ini bukan masanya untuk salahkan siapa2, kita sebagai pemandu dan pengguna jalan raya apa yang patut kita lakukan?? memandu secara berhemah, cermat @  & berhati-hati??? klu bawak slow orang langgar kita, kita bawak laju kita langgar orang?? yang mana 1 ek??
And then, antara lelaki or perempuan, yang mane lagi berhemah & cermat bawak kereta...... Tepuk dada tanya selera ~~~lalalalalala....





p/s : Memandulah dengan selamat, ingatlah orang tersayang....

~~Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati... 

Friday, June 17, 2011

Aku Permata

olaa..... d hr jumaat indah ni rse nk layan lgu ni la... Aku Permata, kata-kata dalam lagu ni memang best, sesuai dengan realiti kehidupan kita semua diatas muka bumi, semua orang pasti telah dan menghadapinya, jatuh bangun, pahit manis, suka duka.... setiap ape yg terjadi pasti sudah tersurat,dan ada hikmah disebaliknya, semuanya bergantung atas diri kita sendiri untuk mencorak kehidupan kita,dan bukan orang lain...

Aku Permata dan kita semua adalah Permata, permata tidak akan bersinar jika tidak digilap, begitulah juga kehidupan manusia, pahit manis, suka duka, jatuh bangun adalah alat pengilap terbaik untuk kehidupan kita, supaya sentiasa bersinar .... Kita semua adalah permata........ ♥



Betapa jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menentang arus yang deras
Demi hari esok ku relakan…

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

Agar permataku terus bersinar

p/s :lately, banyak sangat perkara yg terjadi ni... dan semua yang terjadi takkan membuatkan aku mengalah, tidak sama sekali...........semuanya mengajar erti kehidupan yg sebenar-benarnya....
ajaja fighting...

~~Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati...
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...