Pages

Wednesday, July 27, 2011

Bersyukur Dengan Apa Yang Ade

Hari ini, aku balik keje awal sikit dari biasa, tepat pukul lima aku dah keluar dari ofis, tak tahu kenapa teringin sangat nak ajak nenek aku jalan-jalan, kebetulan minggu ini  ade expo Peladang, Penternak dan Nelayan yang diadakan di perkarangan Stadium Runtuh, Kuala Terengganu, jadi aku ajak la nenek aku dan my bff  yuyu ke situ, boleh gak cari buah-buah kayu, mesti fresh, almaklumlah mesti yang terbaik dari ladang klu ade dijual kat expo-expo pertanian macam ni.... (buah kayu (selalu disebut oleh nenek aku) = buah-buahan tempatan)

Selepas membeli 2,3 jenis buah kayu, dan bebeberapa jenis makanan ringan, jagung bakar, cendawan goreng dan air cendol... (memang best semuanye memang fresh-fresh blake :)), aku pun nak cari port untuk kami makan....Oleh kerana hari masih muda, ade mase lagi sebelum maghrib aku ajakla nenek aku dan yuyu untuk singgah makan kat tepi pantai Teluk Ketapang,

Sampai  di pantai teluk ketapang tu, aku berhentikan kereta aku kat satu wakaf, berdekatan jugak dengan sorang makcik yang menjual sate ikan dan makanan bergoreng kat tepi jalan tu... 

Oleh kerana nenek aku yang terlalu ramah menegur la makcik yang jual sate ikan tu,  aku & yuyu cuma mampu tersenyum melihat dia mereka bercakap.. Lepas tu Makcik tu mengemas-ngemas gerai jualannya, sambil berkata pada nenek aku :
'' balik dulu la mokcik, petang-petang ni biasa nak mari ribut, kite sorang je, klu mari ribut takut takdan nak kemas kekgi''... 

"balik mane mek?"

"dekat sini je mokcik"

Lepastu aku terus perhatikan cara makcik tu mengemaskan gerai dia, semua bende dia buat sorang, dari angkat tong gas, dapur, meja semua dimasukkan dalam kereta, temasuklah payung gerai yang besar dan berat tu dilipat-lipat dan dibungkus masuk kedalam keretanya iaitu kereta saga pertama malaysia tu... kesian plak aku tengok makcik ni, semua  dia buat sorang-sorang, larat pulak dia mengangkat benda-benda berat tu... semuanya disumbat kedalam kereta tu, penuh dan  hanya tinggal ruang tempat duduk pemandu yang kosong....

Aku tak tahu kenapa, kesian plak aku tengok makcik ni, mesti penat dia hari-hari macam ni.. lepas tu aku tye makcik tu, mase tu dia nak angkat payung gerai tu masuk dalam kereta...

" ish berat tu, hari-hari macam ni ke mokcik, xdok org tlg ke?"  

"Gini la dik, nak wat guane, klu xberniaga, xdok la, mokcik ni ade sakit buah pinggang, nak taknak terpaksa la dik, cari duit..." 

sayu sungguh aku dengar jawapan makcik tu..............

lepas tu nenek aku plak yang tye..

"anok xdok ke mek ??"

"anok saya besor doh, anok  sorang je"

Dalam pikiran aku, 'anak dah besor pun, mesti boleh sama tlg mak dia berniaga, emmm mesti anak dia keje jauh kot'... 
Tapi aku tetap kesian tengok makcik tu, dalam keadaan sakit, dia masih bekerja keras mencari rezeki,.. Kadang-kadang kita selalu rase kita susah, ade masalah sikt merungut (termasuklah aku), tak cukup tu, tak cukup ni, nak itu, nak ini...  Tak besyukur dengan ape yang ade, tetapi sebenarnya ade orang lagi susah dan serba kekurangan dari kita... cuma kita tak sedar atau buat-buat tak sedar... Semoga makcik itu sentiasa dimurahkan rezeki................amin.

~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

4 comments:

aimie amalina said...

sedeynye..:(
betoll~
ingat...walau susah kite
walau sedey kite
ade yang lagi susah..menderita lag dasat kan..huu
insaf2..

Sya Cda said...

huhu....betul... sedih bila igt kt mck tu...xmampu nk mnolong, hnya mmpu bdoa utk dia je....

vind87 said...

sedih gop..bkpe la anok dok nolong..1 lg sdh sbb ngt diri kita y ssh, rpanya ada insan lg ssh dr kita..mga2 mokcik tu niaga dpt rzki y berlipat kli gnda bsrnya..AMIN

Sya Cda said...

@vind87 betul tu vind...amin... tq krn sudi bace :)

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...