Pages

Sunday, September 11, 2011

Keyakinan Hati

Setiap manusia tidak akan lari daripada masalah, dugaan atau bala bencana yang menimpa, tiada siapa yang menginginkan masalah yang datang bertimpa-timpa. Tetapi, sesungguhnya, dugaan atau bala bencana yang ditimpakan oleh Allah S.W.T ke atas umatnya adalah tanda Allah S.W.T menginginkan kebaikan untuknya. Seperti Sabda Rasulullah S.A.W :
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari)
&
"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi & Ibn Majah)


Aku hanyalah orang biasa
Punya perasaan yang lemah
Menghadapi pahit hidupku
Seperti puing yang berserakan

Batu berdiri kokoh
Seperti batu karang
Badai datang takkan menggoyahkan
Karena Kau besertaku (besertaku)

Ya Tuhan tolonglah aku
Ampunilah aku
Ya Tuhan tolonglah aku
Kuatkanlah aku

Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku

Ya Tuhan tolonglah aku
Ampunilah aku
Ya Tuhan tolonglah aku
Kuatkanlah aku

Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku

Kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan akan ada kesenangan..dan kebahagian pasti akan datang.... insyaAllah :)


~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

Thursday, September 8, 2011

Muhasabah Diri, Muhasabah Hati..

Assalamualaikum...

Di sekeliling kita sekarang terlalu banyak cerita yang kita dengar atau kita  sendiri yang pernah  menghadapinya , tak kira dalam bersahabat,  dunia pekerjaan, hidup berjiran, atau  dalam dunia blog ini sendiri mesti ade saje sifat dengki medengki, iri hati dengan kejayaan seseorang, kelebihan seseorang atau apa sahaja yang seangkatan dengannya..


Semua ni aku sendiri  pernah  menghadapinya, kalau tak pada aku pun, pada kawan-kawan aku, lepas satu episod, satu episod lain pula timbul....  bukan  merungut tapi aku cuma tak faham kenapa mereka yang terlalu  ikutkan perasan hasad dengki, iri hati, sakit hati,  sampai sanggup menjatuhkan maruah orang lain, sanggup memalukan orang lain asalkan hatinya puas.... Sungguh aku tak faham... tapi dalam dunia sekarang ni orang cakap 'tiada yang mustahil'..


Tiada manusia sempurna,setiap orang pernah melakukan kesilapan masing-masing, tanpa sedar atau tidak... mungkin aku  juga pernah melakukan silap yang aku tak sedar sampai menyakiti hati dan perasaan orang lain... tapi kerana satu kesalahan janganlah kita sampai memporakperandakn hidup orang lain...

Banyak perkara yang telah mengajar aku erti kehidupan yang sebenar-benarnya, supaya aku lebih matang untuk berfikir dalam menjalani hidup aku yang mungkin masih panjang , yang aku masih tak tahu dimana penghujungnya... Apa yang aku tulis ni bukanlah untuk aku menyakiti hati sesiapa, hanya sekadar ingatan dan muhasabah untuk diri aku juga...


Rezeki Allah ada dimana-mana, Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambanya, cuma cepat atau lambat saje yang membezakannya...


kata-kata yang  sentiasa aku pegang :-


Kalau Allah dah tetapkan sesuatu untuk kita ,dan seluruh isi alam cuba menghalang macammana pun, kita tetap akan dapat,
tapi kalau Allah dah menetap kan sesuatu bukan untuk kita, walaupun seluruh isi alam cuba menghalang, kita tetap takkan dapat..

&

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang  sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh Itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..




~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

Tuesday, September 6, 2011

Blog oh blog... Ada apa dengan blog??

Assalamualaikum.....

Olla. Selamat hari raya semua... udah lama rasanya aku tak update blog nie.. sebulan lebih rasenye, sebenarnya banyak perkara yang terjadi yang menyebabkan aku jadi malas nak berblog, update blog dan blogwalking.... Apa yang berlaku biarlah aku simpan sorang...

Sebelum ni pun aku memang jarang update blog pun, tapi aku lebih suka menjadi silent reader je kepada bloger-bloger lain, lebih suka membaca-membaca entri-entri yang menarik dan kadang-kadang banyak memberi info, pengetahuan dari macam jenis segi.. Tapi selepas peristiwa hari tu aku nak jadi silent reader pun malas, blog yang dulu aku jadi wajib singgah pun aku langsung tak singgah, perasan nak berblog, blog walking langsung jatuh kepada angka zero.. aku pernah terpikir rasenye delete aje blog aku yang ada nie, sonang cerita, tak perlu nak hipokrit ke ape ke...huh... 

Tapi aku pikir dan pikir, aku berbalik semula pada tujuan asal dulu, kenapa aku buat blog,  kenapa aku nak  berblog? dengan blog ape yang aku dapat, apa yang baik, apa yang buruk.... dan sekarang apa yang aku rasakan, aku masih sayang blog aku nie, dan nak teruskan berblog, blog walking dan teruskan apa yang aku pernah mulakan dulu.... pokok pangkalnya semua kena berbalik pada nawaitu kita.... :))


~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

p/s : bukan setakat blog, facebook pun rase nak deactive je (tp tak tahu kenap tak boleh hidup tanpa itu mukabuku :))

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...