Pages

Thursday, September 8, 2011

Muhasabah Diri, Muhasabah Hati..

Assalamualaikum...

Di sekeliling kita sekarang terlalu banyak cerita yang kita dengar atau kita  sendiri yang pernah  menghadapinya , tak kira dalam bersahabat,  dunia pekerjaan, hidup berjiran, atau  dalam dunia blog ini sendiri mesti ade saje sifat dengki medengki, iri hati dengan kejayaan seseorang, kelebihan seseorang atau apa sahaja yang seangkatan dengannya..


Semua ni aku sendiri  pernah  menghadapinya, kalau tak pada aku pun, pada kawan-kawan aku, lepas satu episod, satu episod lain pula timbul....  bukan  merungut tapi aku cuma tak faham kenapa mereka yang terlalu  ikutkan perasan hasad dengki, iri hati, sakit hati,  sampai sanggup menjatuhkan maruah orang lain, sanggup memalukan orang lain asalkan hatinya puas.... Sungguh aku tak faham... tapi dalam dunia sekarang ni orang cakap 'tiada yang mustahil'..


Tiada manusia sempurna,setiap orang pernah melakukan kesilapan masing-masing, tanpa sedar atau tidak... mungkin aku  juga pernah melakukan silap yang aku tak sedar sampai menyakiti hati dan perasaan orang lain... tapi kerana satu kesalahan janganlah kita sampai memporakperandakn hidup orang lain...

Banyak perkara yang telah mengajar aku erti kehidupan yang sebenar-benarnya, supaya aku lebih matang untuk berfikir dalam menjalani hidup aku yang mungkin masih panjang , yang aku masih tak tahu dimana penghujungnya... Apa yang aku tulis ni bukanlah untuk aku menyakiti hati sesiapa, hanya sekadar ingatan dan muhasabah untuk diri aku juga...


Rezeki Allah ada dimana-mana, Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambanya, cuma cepat atau lambat saje yang membezakannya...


kata-kata yang  sentiasa aku pegang :-


Kalau Allah dah tetapkan sesuatu untuk kita ,dan seluruh isi alam cuba menghalang macammana pun, kita tetap akan dapat,
tapi kalau Allah dah menetap kan sesuatu bukan untuk kita, walaupun seluruh isi alam cuba menghalang, kita tetap takkan dapat..

&

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang  sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh Itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..




~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

10 comments:

Acik said...

setiap yg kita lalui ada hikmah. setidak2nya jadi pengalaman buat kita ...! :)

Sya Cda said...

@Acikyupp.... setuju...tq acik :))

Urzain Hussain said...

pahit manis kehidupan sentiasa ada..
untuk menguji keimanan kita..

Urzain Hussain said...

pahit manis kehidupan sentiasa ada..
untuk menguji keimanan kita..

Sya Cda said...

@Urzain Hussain yup,btul tu, tq :)

eB ezrin said...

yg pntg kiter redha kan? :)

Sya Cda said...

@eB ezrin btul tu eB, yg pntg redha, org ckp bila kita redha akan sst pkara, redha tuhan pd kita akan melebihi sgalanya... :)

Zul Fattah said...

erm.. aku dah insaf wei.. banyak kali dah bertaubat .. tapi masih buat jugak benda jahat.. ni dah bertaubat lg.

Sya Cda said...

@Zul Fattah selagi kita semua ade niat yg baik, insyaAllah , Allah sentiasa memudahkan jalan bagi hamba2nya yang ingin berubah ke arah kebaikan... :)

hj.ismail said...

TRIMAKASIH MBAH SUKRO NMR TOGEL YG MBAH BERIKAN 4D (1017).ITU BENAR-BENAR TEMUS 100%.DAN SAYA SUDAH BUKA USAHA.JIKA BUTUH ANGKA GOIP HASIL RITUAL.2D.3D.4D.SGP/HK HUB MBAH SUKRO DI NO:0823-1787-7748.ATAU KUJUNGI WEBSAIT ASLINYA... >>>KLIK DISINI<<<


Di jamin anda pasti menang seperti saya>>>>>>
.(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´ Thanks sOb rOoMnyA ¨`»
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..
SELAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...