Pages

Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDILADHA


Assalamualaikum...


"Indah Langit Kerana Awan.. Indah Laut Kerana Kebiruan.. Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan . Indah Aidiladha kerana pengorbanan.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ..

Semoga kita semua diberikan olehNYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagian dunia akhirat.. Amin.


SubhanaAllah cantiknya pemandangan ni kan...
 ( gambar yang dihantar oleh sahabat baik aku Nur Shafiyah yg sekarang berada di atas suci Makkah, gambar pandangan dari tingkat atas katanya)

                                                      Tiada yang istimewa, hanya sekadar nukilan..


Friday, October 19, 2012

Alhamdullillah, bertambah umur aku yang ke..


Assalamualaikum....
Salam jumaat, pagi yang sejuk dan tenang....
Syukur Alhamdulillah hari ni  19.10.2012 genap umur aku 25 tahun... syukur kepadaMu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumiMu walaupun kedua-dua orang  yang melahirkan aku ke dunia ini telah pergi menghadapMu.. jika mereka masih ada,aku ingin katakan yang aku terlalu sayangkan mereka..( Ya Allah Kau tempatkanlah mereka di kalangan orang2 yg beriman dan Kau cucurilah rahmat ke atas mereka. amin)
Syukur kerana aku juga masih berkesempatan untuk berbakti kepada keluargaku dan orang2 yang berada di sekeliling aku...   sesungguhnya aku sayangkan mereka2 yg sentiasa berada di samping aku dalam susah dan senang...
Kepada mereka (keluarga dan sahabat) serta mereka yang mengenali aku, aku mohon ampun dan maaf jika sepanjang 25 tahun aku hidup di atas muka bumi ini, aku ada buat salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap bicara sama ada sengaja atau tidak... aku juga manusia biasa yang takkan lari daripada melakukan kesilapan...
Lastly terima kasih buat kawan2 yang wish ‘happy birthday’ kt aku dan terima kasih utk doa2 korang semua utk aku...amin..amin..amin ya rabbil amin...
semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya..
amin..





                                                                          Tiada yang istimewa, hanya sekadar nukilan..

Monday, October 1, 2012

Janji

Assalamualaikum.....
 Hari ni aku rase banyak sangat terjumpa dengan perkataan 'janji'... janji itu, janji ini..... macam-macam janji yang ditaburkan.... janji memang senang dilafazkan, tapi untuk menepati janji tu adakah semudah seperti yang dilafazkan...? hanya orang yang pernah dimungkiri janji akan faham apa erti sebenar sebuah janji....kan?
 dan hari ini aku sedar bahawa janji itu jugalah sebahagian dari kata-kata, dapat diubah, dan boleh juga dilupakan, memberi janji mungkin mudah untuk melupakannya, tapi menerima janji sampai mati diingati....aku tekankan lagi sampai mati diingati.......... 

mungkin bagi sesetengah manusia janji yang diberikan hanyalah picisan, omongan kosong kot, 
tapi takpe la,
  apa yang penting  janji ALLAH itu PASTI.. sehebat mana  kita merancang, hebat lagi perancangan ALLAH... Subhanallah.....

Semoga aku tergolong di kalangan hambaMu yang sabar dan redha di atas ketentuanMu.. 

Amin ya rabbi alamin.


                                                                                Tiada yang istimewa, hanya sekadar nukilan..

Sunday, September 23, 2012

Kemaruk



Assalamualaikum, salam ku ucap pembuka bicara (chewahhh berpuitis la pulop,hehe)

Holaa...sekarang ni aku tengah mood kemaruk...  kemaruk membaca novel, bulan ni saja 4 buah novel aku beli,biasanya sebulan aku cuma peruntukan untuk beli satu novel je, bulan ni agaknya dapat duit raya lebih kot smpai pulun 4 novel sekali..   tak termasuk 2 novel yang aku pinjam dengan kawan, yang boleh tahan jugak la tebalnya... n tinggal satu lagi tak sempat nak membaca... sesibuk mana pun pasti aku akan curi sikit masa untuk baca novel... aku kalau bace novel tak tido pun takpe, sanggup... biasanya kalau aku dah start baca novel behenti tak behenti ayam dah berkokok.... biasanya kalau ayam berkokok nak kejutkan orang bangun tido, aku ni tak ayam berkokok, mengejutkan aku untuk berhenti membaca dan masuk tido....  kalau la zaman belajar dulu aku rajin membaca n mentelaah buku macam ni sekali confirm 4 flat results aku kan...hehee.... 

Sebut pasal novel kenapa cerita dalam novel terlalu perfect,sampai aku terfikir wujud ke orang macam ni kalau alam realiti.. kalau kejam tu, kejam la sangat, kalau bahagia tu bahagianya ya ampun, n kalau bab romantik tu, mak aii boleh pengsan aku dibuatnya... n satu lagi  kebanyakannya novel yang aku baca confirm watak dalam novel tu anak Tan Sri, Datuk, Datin, Tengku, CEO syarikat  dan seangkatan dengannya... kalau tak heronya,mesti heroinnya tu anak  tan sri,datuk, datin, confirm, mesti akan ada kena mengena dengan pangkat2 yang tersebut itu...  takde ke watak-watak percintaan orang-orang biasa macam aku ni ke...(hahaha nak jugak).. mungkin ada kot novel macam tu cuma aku ni je tak terjumpa lagi agaknya... 

Haa... Takpun biar aku je la tulis novel percintaan rakyat-rakyat biasa ni..kawan2 yang ada di sekeliling aku ni cerita2 cinta diorang ni boleh tahan hebat jugak, sampai aku pernah terfikir jugak nak novelkan cerita2 diorang ni... kalau aku novelkan kisah diorang ni mesti meletuppp gituu nama i nanti kan....


Ish diorang ni tak percaya la pulok.... haha (sekadar gambar hiasan)


                                                                                     Tiada yang istimewa, hanya sekadar nukilan..


Thursday, September 20, 2012

Tahniah Sahabat..

Assalamualaikum....

    Syawal dah melabuhkan tirainya..cepatnya masa berlalu kan..? blog aku ni pun berhabuk lamenye, tak menjenguk, tak update...  Sekarang sudah masuk bulan Dzulka'edah, dah start musim orang nak pergi haji.. Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada umat islam yang terpilih untuk menunaikannya pada tahun ini, teringinnya nak pergi.. harap satu hari nanti akan ada peluang untuk aku menjejakkan kaki ke sana.. insyaAllah.. amin..  n tak lupa juga aku nak ucapkan tahniah untuk sahabatku Nur Shafiyah kerana dia juga bertuah dan terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ni.. walaupun dia ke sana kerana menjalankan tugas tapi sahabatku tetap dapat menggunakan peluang dan kesempatan untuk melengkapkan rukun islam yang ke lima..so lucky.. Alhamdulillah..
    Aku doakan semoga sahabatku Nur Shafiyah selamat pergi dan selamat kembali semula ke tanah air, semoga Allah permudahkan segala urusanmu disana sahabatku dan semoga mendapat haji yang mabrur.. Jangan lupa doakan untuk aku  depan Kaabah nanti ya...sedih, terharu,bangga pun ade blake ni... what ever la, aku sentiasa doakan mu kat sini ye cik yah ;) n lastly.....

Lame tak tepek gambor.. nak tepek gambor ni sekali.... peace...

Selamat berangkat CikYah,love peace no war ~wink ;)
                                                                                                     
                                                                                    Tiada yang istimewa, hanya sekadar nukilan..

Thursday, August 23, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum.......

holaa.... Selamat Hari Raya... agak-agak masih belum terlambat nak ucap selamat hari raya walaupun hari ni dah raya ke lima... mood raya masih ada la kot.... sebut pasal raya, kenapa la raya kali rasanya tak semeriah raya tahun-tahun sebelum ni... semangat nk raya tu kurang.... mungkin jugak aku terlalu super duper busy kot... tapi alhamdulillah raya tahun ni rezeki agak murah ada tiga jobs untuk ambik gambar wedding dalam minggu pertama bulan syawal yang mulia ni...Alhamdulillah syukur...  o.k la sekali lagi aku nak ucapkan ..................

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
 Maafkan seandainya ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap bicara, terguris di hati dalam bersahabat dalam bergurau senda. zero-zero okey  :)


Tiada yang istimewa, hanya sekadar nukilan

Friday, July 20, 2012

S.A.L.A.M R.A.M.A.D.H.A.N

Assalamualaikum...


Ramadhan datang lagi.. bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, syukur kerana Dia masih memberi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan yang penuh barakah, memberi peluang untuk merebut keistimewaan yang ada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.Sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W : 

Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.” ( hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a)

Ramadhan amat bermakna bagi setiap mukmin. Bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi manfaat yang dijanjikan oleh Allah amatlah besar, dimana Dia membuka jalan dan mempermudahkan untuk mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Jadi, adalah tersangat lah rugi jika kita terlepas manfaat dan keberkatan yang begitu banyak didalamnya. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

@>~ Selamat menyambut Ramadha Al-Mubarak, maafkan seandainya ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap bicara dan terguris di hati sama ada sengaja atau tidak :) Semoga Ramadhan kali ini dipenuhi keberkatan, kebahagian, dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat pahala dariNya.. InsyaAllah.. Amin..


Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan

Saturday, July 14, 2012

Hatimu Milikku

Assalamualaikum....


Holaaa... Novel again... Kali ni aku bace novel ini, Hatimu Miliku... jalan cerita yang terbaikkk,...  walaupun baru separuh aku bace.... Novel ni penuh,sarat dan tepu dengan emosi.. sedih... aisya watak utama, hidup memang tak pernah aman,tenang dan tenteram, kebahagiaan tu hadir cuma seketika buat aisya, asal baru nak rasa bahagia mesti ade je yang tak kena... Baru separuh aku bace novel dah banyak kali membuatkan aku menitiskan air mata, ade sampai aku menangis pun ade, laju je air mata turun... (opsss) mmg feeling la...hehe.. tapi ape yang aku dapat pelajari dari cerita ini ialah kita mesti tabah, redha dan ikhlas untuk menghadapi setiap dugaan darinNya.. redha dan ikhlas...  boleh ke aku menjadi setabah Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Susahnya untuk bertemu dengan BAHAGIA.


Novel ni boleh tahan tebalnya, 1065 m/s, dan aku baru habiskan separuh, huhu tak sabar malam ni nak balik rumah sambung bace, ape agaknya kesudahan kisah Aisya denga Tengku Hariz?, Bahagia ke dia akhirnya setelah derita-derita yang dia lalui? 


 Setiap penderitaan tu, pasti akan ada kebahagiaan kan? i hope so :) n ade orang cakap, asalkan niat kita baik dan ikhlas, pasti Allah akan permudahkan jalannya..Amin..


Sipnosis -Hatimu Milikku by Eliza Ab

“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.” – Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.

“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.

“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya.” – Nadia.
“Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga!” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz.


“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.

Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.

Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga.

Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.

Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?

“Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Sumber :- Kaki Novel




  Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan

Saturday, March 31, 2012

Akhirnya aku kahwin..


Assalamualaikum...

Best tak tajuk atas tu… huhu suspens je tajuk tu kan.. itu cuma tajuk novel yang aku baca sekarang… Best tahap gaban novel ni… novel ni berjaya buat aku ketawa terguling-guling n menangis teresak-esak pastu ketawa balik… mmg best.. bile dah start bace dari mula sampai rasa tak nak behenti, kalau nak habiskan dalam satu malam… semalam aku bace novel ni sampai pukul dua pagi.. klu tak kerana hari ni aku kerja mahu aku sambung cerita smpi habis… huhu tak sabar nak tahu ape yang terjadi pada DD  tu akhirnya.. hihi.. bengkak habis mata aku menangis sbb terlalu feeling baca kisah si DD ni… terlebih dos menghayati watak dia kot, yelah sape yang tak sedih nak nak bila part kita kehilangan  orang yang disayangi, aku betul2 memahami perasaan tu…. Mmg sedih.. waaa skrg ni pun rase nak nangis bile teringat part2 yg sedih tu… kisah DD dalam novel ni macam familiar dengan hidup aku, macam pernah alami je.. tapi tak semua la, cuma certain part aje la...  Aku pernah rasa dan memahami apa yang si DD tu rase. Aku bace novel ni pun sebab ade sorang member aku suggest srh aku bace novel ni.. sbb dia cakap watak n jalan cerita dalam novel tu lebih kurang macam aku… aku pun ape lagi dua tiga bookstore kat kuala terengganu ni aku jelajah tak jumpa2, sold out kot..  last2  pinjam aje la dgn mber aku tu…aku ni betul2 ketinggalan kapal terbang kan, novel ni dah lama kuar, aku baru terhegeh2 nk cari…. Tu pun lepas di suggest oleh member aku suruh bace… tp what everlah, aku tetap akan cari novel ni.. walaupun dah khatam, aku nak jugak simpan buat koleksi… klu 10kali bace sekalipun confirm xkan bosan… bab kata kawan aku sorang tu, aku ni mmg penggila novel tahap kritikal….ye ke? hihi…

Hari ni aku masuk opis dengan senyuman, bahagia kot.. aikkk mcm aku plak jd watak DD dalam novel ni,sebab last part yang aku bace malam tadi, DD tu tengah bahagia..hihi terbawa2 ke alam nyata… tp mmg itu yg aku rase.. novel mmg boleh buat aku gile.. menangis dan senyum dalam masa yang sama… membaca cerita bahagia watak2 dalam novel,membuatkan aku turut rasa bahagia.. haha ada ke org macam tu.. pelik sungguh... memag ade la..aku la tu.hihi… tapi best kan klu la hidup kita sempurna seperti watak dan jalan cerita dalam novel-novel kan, kan…? alangkah bahagianya…..


              gambar cilop kt website alaf21

mood : berangan.. sambil layan lagu pencinta terbaik…. ahakkss, mmg terbaikkk... :D




~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan..

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...