Pages

Friday, July 20, 2012

S.A.L.A.M R.A.M.A.D.H.A.N

Assalamualaikum...


Ramadhan datang lagi.. bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, syukur kerana Dia masih memberi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan yang penuh barakah, memberi peluang untuk merebut keistimewaan yang ada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.Sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W : 

Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.” ( hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a)

Ramadhan amat bermakna bagi setiap mukmin. Bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi manfaat yang dijanjikan oleh Allah amatlah besar, dimana Dia membuka jalan dan mempermudahkan untuk mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Jadi, adalah tersangat lah rugi jika kita terlepas manfaat dan keberkatan yang begitu banyak didalamnya. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

@>~ Selamat menyambut Ramadha Al-Mubarak, maafkan seandainya ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap bicara dan terguris di hati sama ada sengaja atau tidak :) Semoga Ramadhan kali ini dipenuhi keberkatan, kebahagian, dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat pahala dariNya.. InsyaAllah.. Amin..


Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan

Saturday, July 14, 2012

Hatimu Milikku

Assalamualaikum....


Holaaa... Novel again... Kali ni aku bace novel ini, Hatimu Miliku... jalan cerita yang terbaikkk,...  walaupun baru separuh aku bace.... Novel ni penuh,sarat dan tepu dengan emosi.. sedih... aisya watak utama, hidup memang tak pernah aman,tenang dan tenteram, kebahagiaan tu hadir cuma seketika buat aisya, asal baru nak rasa bahagia mesti ade je yang tak kena... Baru separuh aku bace novel dah banyak kali membuatkan aku menitiskan air mata, ade sampai aku menangis pun ade, laju je air mata turun... (opsss) mmg feeling la...hehe.. tapi ape yang aku dapat pelajari dari cerita ini ialah kita mesti tabah, redha dan ikhlas untuk menghadapi setiap dugaan darinNya.. redha dan ikhlas...  boleh ke aku menjadi setabah Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Susahnya untuk bertemu dengan BAHAGIA.


Novel ni boleh tahan tebalnya, 1065 m/s, dan aku baru habiskan separuh, huhu tak sabar malam ni nak balik rumah sambung bace, ape agaknya kesudahan kisah Aisya denga Tengku Hariz?, Bahagia ke dia akhirnya setelah derita-derita yang dia lalui? 


 Setiap penderitaan tu, pasti akan ada kebahagiaan kan? i hope so :) n ade orang cakap, asalkan niat kita baik dan ikhlas, pasti Allah akan permudahkan jalannya..Amin..


Sipnosis -Hatimu Milikku by Eliza Ab

“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.” – Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.

“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.

“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya.” – Nadia.
“Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga!” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz.


“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.

Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.

Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga.

Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.

Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?

“Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Sumber :- Kaki Novel




  Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...