Pages

Sunday, September 23, 2012

Kemaruk



Assalamualaikum, salam ku ucap pembuka bicara (chewahhh berpuitis la pulop,hehe)

Holaa...sekarang ni aku tengah mood kemaruk...  kemaruk membaca novel, bulan ni saja 4 buah novel aku beli,biasanya sebulan aku cuma peruntukan untuk beli satu novel je, bulan ni agaknya dapat duit raya lebih kot smpai pulun 4 novel sekali..   tak termasuk 2 novel yang aku pinjam dengan kawan, yang boleh tahan jugak la tebalnya... n tinggal satu lagi tak sempat nak membaca... sesibuk mana pun pasti aku akan curi sikit masa untuk baca novel... aku kalau bace novel tak tido pun takpe, sanggup... biasanya kalau aku dah start baca novel behenti tak behenti ayam dah berkokok.... biasanya kalau ayam berkokok nak kejutkan orang bangun tido, aku ni tak ayam berkokok, mengejutkan aku untuk berhenti membaca dan masuk tido....  kalau la zaman belajar dulu aku rajin membaca n mentelaah buku macam ni sekali confirm 4 flat results aku kan...hehee.... 

Sebut pasal novel kenapa cerita dalam novel terlalu perfect,sampai aku terfikir wujud ke orang macam ni kalau alam realiti.. kalau kejam tu, kejam la sangat, kalau bahagia tu bahagianya ya ampun, n kalau bab romantik tu, mak aii boleh pengsan aku dibuatnya... n satu lagi  kebanyakannya novel yang aku baca confirm watak dalam novel tu anak Tan Sri, Datuk, Datin, Tengku, CEO syarikat  dan seangkatan dengannya... kalau tak heronya,mesti heroinnya tu anak  tan sri,datuk, datin, confirm, mesti akan ada kena mengena dengan pangkat2 yang tersebut itu...  takde ke watak-watak percintaan orang-orang biasa macam aku ni ke...(hahaha nak jugak).. mungkin ada kot novel macam tu cuma aku ni je tak terjumpa lagi agaknya... 

Haa... Takpun biar aku je la tulis novel percintaan rakyat-rakyat biasa ni..kawan2 yang ada di sekeliling aku ni cerita2 cinta diorang ni boleh tahan hebat jugak, sampai aku pernah terfikir jugak nak novelkan cerita2 diorang ni... kalau aku novelkan kisah diorang ni mesti meletuppp gituu nama i nanti kan....


Ish diorang ni tak percaya la pulok.... haha (sekadar gambar hiasan)


                                                                                     Tiada yang istimewa, hanya sekadar nukilan..


No comments:

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...