Pages

Friday, October 19, 2012

Alhamdullillah, bertambah umur aku yang ke..


Assalamualaikum....
Salam jumaat, pagi yang sejuk dan tenang....
Syukur Alhamdulillah hari ni  19.10.2012 genap umur aku 25 tahun... syukur kepadaMu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumiMu walaupun kedua-dua orang  yang melahirkan aku ke dunia ini telah pergi menghadapMu.. jika mereka masih ada,aku ingin katakan yang aku terlalu sayangkan mereka..( Ya Allah Kau tempatkanlah mereka di kalangan orang2 yg beriman dan Kau cucurilah rahmat ke atas mereka. amin)
Syukur kerana aku juga masih berkesempatan untuk berbakti kepada keluargaku dan orang2 yang berada di sekeliling aku...   sesungguhnya aku sayangkan mereka2 yg sentiasa berada di samping aku dalam susah dan senang...
Kepada mereka (keluarga dan sahabat) serta mereka yang mengenali aku, aku mohon ampun dan maaf jika sepanjang 25 tahun aku hidup di atas muka bumi ini, aku ada buat salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap bicara sama ada sengaja atau tidak... aku juga manusia biasa yang takkan lari daripada melakukan kesilapan...
Lastly terima kasih buat kawan2 yang wish ‘happy birthday’ kt aku dan terima kasih utk doa2 korang semua utk aku...amin..amin..amin ya rabbil amin...
semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya..
amin..





                                                                          Tiada yang istimewa, hanya sekadar nukilan..

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari lahir,smga pjg umur,murah rzki,n dpt apa yg dhajati..

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...