Pages

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..

(Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.:) Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa, 
Semoga Ramadhan kali ini dipenuh dengan seribu keberkatan dan kita semua dapat menjalaninya dengan sempurna.......

Wednesday, July 27, 2011

Bersyukur Dengan Apa Yang Ade

Hari ini, aku balik keje awal sikit dari biasa, tepat pukul lima aku dah keluar dari ofis, tak tahu kenapa teringin sangat nak ajak nenek aku jalan-jalan, kebetulan minggu ini  ade expo Peladang, Penternak dan Nelayan yang diadakan di perkarangan Stadium Runtuh, Kuala Terengganu, jadi aku ajak la nenek aku dan my bff  yuyu ke situ, boleh gak cari buah-buah kayu, mesti fresh, almaklumlah mesti yang terbaik dari ladang klu ade dijual kat expo-expo pertanian macam ni.... (buah kayu (selalu disebut oleh nenek aku) = buah-buahan tempatan)

Selepas membeli 2,3 jenis buah kayu, dan bebeberapa jenis makanan ringan, jagung bakar, cendawan goreng dan air cendol... (memang best semuanye memang fresh-fresh blake :)), aku pun nak cari port untuk kami makan....Oleh kerana hari masih muda, ade mase lagi sebelum maghrib aku ajakla nenek aku dan yuyu untuk singgah makan kat tepi pantai Teluk Ketapang,

Sampai  di pantai teluk ketapang tu, aku berhentikan kereta aku kat satu wakaf, berdekatan jugak dengan sorang makcik yang menjual sate ikan dan makanan bergoreng kat tepi jalan tu... 

Oleh kerana nenek aku yang terlalu ramah menegur la makcik yang jual sate ikan tu,  aku & yuyu cuma mampu tersenyum melihat dia mereka bercakap.. Lepas tu Makcik tu mengemas-ngemas gerai jualannya, sambil berkata pada nenek aku :
'' balik dulu la mokcik, petang-petang ni biasa nak mari ribut, kite sorang je, klu mari ribut takut takdan nak kemas kekgi''... 

"balik mane mek?"

"dekat sini je mokcik"

Lepastu aku terus perhatikan cara makcik tu mengemaskan gerai dia, semua bende dia buat sorang, dari angkat tong gas, dapur, meja semua dimasukkan dalam kereta, temasuklah payung gerai yang besar dan berat tu dilipat-lipat dan dibungkus masuk kedalam keretanya iaitu kereta saga pertama malaysia tu... kesian plak aku tengok makcik ni, semua  dia buat sorang-sorang, larat pulak dia mengangkat benda-benda berat tu... semuanya disumbat kedalam kereta tu, penuh dan  hanya tinggal ruang tempat duduk pemandu yang kosong....

Aku tak tahu kenapa, kesian plak aku tengok makcik ni, mesti penat dia hari-hari macam ni.. lepas tu aku tye makcik tu, mase tu dia nak angkat payung gerai tu masuk dalam kereta...

" ish berat tu, hari-hari macam ni ke mokcik, xdok org tlg ke?"  

"Gini la dik, nak wat guane, klu xberniaga, xdok la, mokcik ni ade sakit buah pinggang, nak taknak terpaksa la dik, cari duit..." 

sayu sungguh aku dengar jawapan makcik tu..............

lepas tu nenek aku plak yang tye..

"anok xdok ke mek ??"

"anok saya besor doh, anok  sorang je"

Dalam pikiran aku, 'anak dah besor pun, mesti boleh sama tlg mak dia berniaga, emmm mesti anak dia keje jauh kot'... 
Tapi aku tetap kesian tengok makcik tu, dalam keadaan sakit, dia masih bekerja keras mencari rezeki,.. Kadang-kadang kita selalu rase kita susah, ade masalah sikt merungut (termasuklah aku), tak cukup tu, tak cukup ni, nak itu, nak ini...  Tak besyukur dengan ape yang ade, tetapi sebenarnya ade orang lagi susah dan serba kekurangan dari kita... cuma kita tak sedar atau buat-buat tak sedar... Semoga makcik itu sentiasa dimurahkan rezeki................amin.

~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

Segmen Ilmiah : Jom Berkongsi Hadis Bersama-sama

Assalamualaikum...
Kali ini SyaCda join segmen ilmiah..bagus juga ini segemen , sebab kita boleh kongsi-kongsi ilmu dan pengajaran yang terdapat dalam hadis-hadis ini, semuanya kita boleh jadikan pedoman untuk meniti hari-hari akan datang.................



Hadis ke -10  dari Hadis 40 : (sumber)
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '

Hadis ke -19  dari Hadis 40 : (sumber)
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan ) dan telah kering (tinta ) buku catitan. '


Saya tag kamu-kamu (jom kta tambah ilmu) :
Razlin
aishah
wie
&
 sesiapa yang menjenguk ke blog saya :)


ustaz pernah berpesan :

Kalau Allah dah tetapkan sesuatu untuk kita ,dan seluruh isi alam cuba menghalang macammane pun, kita tetap akan dapat,
tapi kalau Allah dah menetap kan sesuatu bukan untuk kita, walaupun seluruh isi alam cuba menghalang, kita tetap takkan dapat (~petikan dari drama Stanza Cinta)

daa.............


~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...


Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Olla....................
Join lagi ini otai punye segmen :))


klu nak join jugak, klik sini.........

Kali ni aku shukerr sangat segmen ni...sebab ini segmen kritik-kritik..... dah lama teringin nak  orang kritik blog aku yang syok sendiri ni, kritik pedas pun tak pe.... at least aku boleh betulkan ape yang tak betul.............hihi

so,  kepada pengkritik-pengkritik tegar dari segmen B.A
 sila-sila, kritik aje... 
tak marah pun, lagi sayang pun ade.....

daa.............


~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

Sunday, July 24, 2011

" Segmen Cuci Mata "


Ollaa............... 

ce join etek, nak join klik sini :)

Syarat-syaratnya :

1)Buat entri bertajuk : “ Segmen Cuci Mata ”

-> Dalam entri tersebut  letak link blog
dari mana korang tahu segmen ini, n aku tau ....

dari sini
.
.
http://ciksya-cda.blogspot.com/ (blog aku la)
(ini kerana asrirayrock sudi terjah ke blog aku,tinggalkan wasiat kat shoutmix n aku  pun terjah dia balik :))


-> Berapa jumlah Follower yang ada,tuliskan tarikh hari ini sekali….
130 orang pada 24.07.2011 @ 10.19 p.m


-> Bila  start berblogging?

Oktober 2010

-> Jantina ?

Perempuan


2)Letakkan banner diatas berserta link segmen ini.

beres dos.................. :)

&

3) Linkkan entry ke komen ini.

beres blake,done.................. 

Tata :)

~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...








Friday, July 22, 2011

Dia...


Di sebalik wajah dia yang girang ceria tersirat seribu satu kisah duka, aku tau itu, tapi aku tak berjaya juga merungkainya…. Sesungguhnya hanya dia dan Allah s.w.t yang tahu segala yang tersirat dihati dia…sungguh tabah, tidak sedikit dia menunjukkan riak wajah yang gusar mahupun sedih, dia juga tidak sedikit pun pernah merungut mahupun berkeluh kesah dihadapan orang lain.. dia masih  lagi dan tetap menyimpan rahsia hatinya itu sendirian. Mungkin hanya pada Tuhan yang maha esa tempat dia mencurahkan segalanya, tempat dia mengadu.. tak dapat aku bayangkan bagaimana dia masih lagi tersenyum ceria sedangkan dalam hatinya menangis luka…

dia pernah berkata kepada aku...

"kenapa perlu kita publish apa yang kita rasa, meluahkan perasaan di facebook, di twitter @ becerita sana bercerita sini ?? putus cinta  'publish', sakit hati sikit 'publish'  dan macam2 la...., semua tu seperti kita menceritakan kelemahan  diri kita...."

aku senyap...betul-betul terkena atas batang hidung sebab zaman2 putus cinta dulu pernah jugak jadikan facebook medan meluahkan perasaan.., mula-mula terkilan bila aku dengar kata-kata dia.. sebab bagi aku setiap orang ade hak masing-masing... tapi semua itu aku senyapkan saja... dalam rasa terkilan aku tak tahu kenapa naluri aku ingin mengenali dia dengan lebih dekat, aku rasa dia ade sesuatu yang perlu aku tahu, sesuatu yang istimewa pada dia.. lama-kelamaan bila ku kenal dia , aku tahu dan aku paham ape yang pernah dimaksudkan dulu.. kata-katanya, sikapnya, banyak menyedarkan aku.... tidak pernah aku melihat dia mengeluh mengenai masalah yang dihadapinya, semuanya nampak tenang...

Oh tuhan, begitu besar kuasaMu, Kau temukan aku dengan manusia setabah ini, aku tahu disebalik semua ini pasti ade hikmah yang tersembunyi…


 Bila terasa kerdil dan lemah, jangan  lupa padaNYA  yang setia mendengar. Mengadulah sepuas-puasnya tika sujud dan doamu . Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

Subhanallah, sesungguhnya hanya padaMU tempat mengadu. Tidak aku akan bersedih dan berdukacita kerana ENGKAU sentiasa bersamaku.






~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

Wednesday, July 20, 2011

W.O.R.D.L.E.S.S W.E.D.N.E.S.D.AY

Olla.....................



p/s : renung-renungkan dan selamat beramal


~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

BLOGGER GILA CEKAL KEMBALI

olaa... join segmen lagi :)


SAYA doakan AWAK bahagia.....

nak join klik sini :) 

p/s : Cekalkah aku???

~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...





Monday, July 18, 2011

Virus baru menyerang Facebook. berhati-hati la...

Olla... tadi ade terbaca kat wall facebook mber, dia ade post pasal  ni:


VIRUS BARU KAT FACEBOOK !
PENERANGAN :
1. virus tersebut tersebar melalui IM dimana dia bermula dengan chat ......
hi. how are you?"
2. kemudian korang reply pd chat tersebut , dia akan hantar "Wanna laugh? :)"
3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan "It is you on the video ?))    
want to see?)"
4. then lepas tu , dia akan hantar satu LINK & link tu laa VIRUS
huhu...takut plak bile bace, macam2 sekarang....lepas tu aku copy n paste la kat dua tiga orang mber pasal ni... and then diorang pun cakap dah ade orang kena virus ni... acc. facebook dia orang jadi takleh bukak terus...kena block la ape la...

pastu tak sampa 1/2 jam aku dapat mesej tu,terkezut aku....huhu...kurang asam jawa betul.....


Nasib da tau awal2 pasal ni...klu tidak tak tahu la ape akan jadi dengan acc. facebook aku nti,mungkin akan jadi sama macam acc. facebook cik eka (acc. fb cik eka pn kena virus jugak, tp xth la caranya same ke tidak)...huhuhu


Dan aku tak pasti sama ada perkara ni betul ke tidak...walau apa pn..kita tetap kena berhati2 kan...
Nak tahu lagi cite pasal virus or hacker bace kat sini (ceritamamat)
sape2 lagi yang tau pasal ni...boleh la share dengan syaCda ok...(sharing is caring, right.. :))
daa.......


p/s : kalau betul la tu virus agaknya, efect kat lappy x???


~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...


Aku Blogger Negeri Terengganu

Assalamualaikum.....





Nampok dok gambor banner kat atas tu.... encik pilot tu yang terlebih tinggi @ kapal terbang tu yang terbang rendah...??? sikit lagi encik pilot tu  nak kena gesek di kapal terbang tu..hihi
(just kidding, jgn marah ye~lalalalala.........) 


Aduss  melalut doh ni... balik  mula pada tujuan asal... yang sebenornye aku nok join segmen ni hor....  
ce join etek kawang-kawang, nok join tekang sining...


Jawapan aku untuk segmen tu  ialah :
1. Daerah :
  Kuala Terengganu ~ Losong


2. Tempat dan Makanan yang menarik :
Kampungku Syurgaku a.k.a Kampung Losong sebab ade Keropok Losong  yang sodap dan  yang pasti berdekatan dengan Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.
(aku suka g sini, sebab view dia yang cantek & setiap sudutnye memang sesuai untuk sesi photography) 
dan se lagi, musim ni ketupat sotong memang superb (nyummy-nyummy).....


Tempat Belajar :
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang.


bereh, abes doh....tata....


~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...



Friday, July 15, 2011

BEN ASHAARI dan SEKOLAH

Ola.... baru beberapa hari tak on9 pun buleh jd giler rasenye n lame jugak  tak update blog ni.... dan setiap kali aku buka blog pasti blog  BA ialah blog wajib buka....  klu tak buka tak sah dan asal aku buka mesti ade aje segmen terbaru lagi unik dari BA................... dan kali ni aku nak join jugak, nak jugak, nak jugak (biasa selalu je  tak sempat)...... dan  kali ni segmen itu berbunyi..............SEKOLAH...

Nak Join Klik kat sini

Bila sebut sekolah ape yang aku ingat ye...?? hahaha...jawapannye ialah 'Cikgu Tomok'... Cikgu ni cikgu yang paling fames kat sekolah aku dulu, SMT Seri Pelindung, Kuantan...Dia mengajar subjek kimia... Kenapa dia dipanggil Cikgu Tomok??? hahaha aku pn tak tahu, sebenarnya gelaran ini turun temurun dari senior-senior, aku sebagai junior masa tu terikut la sekali.... nak cakap cikgu ni muka macam tomok takde la, mmg hensem  lagi cute 'cikgu tomok' aku ni lagi la....hahaha... 

nak dijadikan cerita ....

Pernah 1 hari tu  mase time 'cikgu tomok' ni mengajar di kelas aku yang majoritinya perempuan (9 perempaun dan 2 lelaki), 
macam mane kami semua boleh terkantoi dan terpanggil dia dengan gelaran 'cikgu tomok'  ( biasanya semuanya pandai kontrol ), 
ingatkan dia ok, tapi rupanya tak, dia merajuk dan terus keluar kelas,
sebelum ia keluar dari kelas tu dia cakap: 

"penat mak ayah pikir nama nak beri ke saya, tapi awak semua tak  boleh panggil nama saya dengan betul"

mungkin masa tu perangai-perangai kami agak nakal, sampai membuatkan 'cikgu tomok' kesayangan kami tu merajuk... dan semua orang cuak dan rasa bersalah 
dan selepas tu kami semua tulis sekeping surat tanda minta maaf dengan 'cikgu tomok' tu,..hihihi....
Selepas tu kami semua control supaya tak terlepas lagi panggilan 'cikgu tomok' kat  depan cikgu Fadli (bukan nama sebenar)...

Bila ingat kembali keadaan masa tu, kelakar pun ade, banyak lagi kenangan di zaman sekolah dulu dan kenangan tu buat aku tersenyum sendirian....
Aku yakin semua kawan-kawan di SMTSP pasti masih ingat dengan 'Cikgu Tomok' ni (jangan marah ye cikgu..hihi), agaknya  'cikgu tomok' masih lagi bertugas di SMTSP ke tak? dah lama aku tak menjejakkan kaki di SMTSP....rindu rasanya... :))

p/s : maafkan kami cikgu jika kami ade  salah,silap & terlebih nakal, halalkan semua ilmu yang dicurahkan agar kami semua dapat guna sehingga akhir hayat kami....

~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...

Tuesday, July 5, 2011

I love, I Like Cokelat :)


olaa.... i like cokelat so much.. nak..nak klu dapat free lg la aku suke..ngee~~~
 kenapa cokelat tu sedap?? xtahu la...yg pasti mmg sodap...hihihihi (rase nak minum hot choc la plak~~~)

hari tu, my BFF , vind datang jejalan with her family ke t'ganu, pastu dia singgah umah aku & then bagi 
ni 
.
.
.
.
.
.
.




waa teruja giles.... maklumlah tak pernah pn org bg cokelat kt aku, biasa beli sendiri ajew... :)
cokelat tu my BFF vind buat sendiri tau, home made la katakan.... sies memang best cokelat yang dia buat tu.... nak-nakk  yang tudung kotak love b'riben purple tu....ouuuhhhh sedapnye....

Mula-mula tu sayang nak makan, coz comel sangat, tapi bila dah makan tak cukup plak rasenye.... :p

Klu nak rase cokelat homemade by my BFF Vindrawatie a.k.a Vind's Aldama ni boleh la intai-intai kat blog dia (klik SINI),  dia buat untuk jualan jugak....  Harga pun berpatutan & yg penting HALAL.... :)

& lastly, Vind, tq sangat untuk cokelat tu,...shuker sangat2.... i appreciate it, walaupun hampir 3 tahun kita tak berjumpa, akhirnya kt jumpa jugak kan... harap persabatan kita akan kekal sampai ke anak cucu cicit..hihi

P/S: Dulu, SyaCda pernah jugak cuba buat cokelat sendiri, tapi tak jadi...tangan tak dok seni kot..hihihi


~~Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati...

Friday, July 1, 2011

Kebetulan ke???

Olaa...

Nak dijadikan cerita, masa kat ofis petang tadi,  dapat call dari company M ni.... dia call sebab nak buat audit confirmation balance.... pastu bla...bla ..bla ( duk bcakap) dgn officer company M tu,  pe yang dia nak  aku cakap aku dah hantar beberapa bulan lepas tapi dia cakap dia tak terima & dia minta aku faks je ke nombor sekian-sekian n dia ckp nama dia Badrul.... lepas bercakap dengan panjang lebar n aku pn letak phone, lepas tu baru aku terpikir,nombor faks je yang dia bagi & aku lupa plak ambik no phone dia,dah la aku tak confirm betul2 yang dia tu dari company M ke tidak... 

(mula la pikir macam2)

ishh betul ke dia ni dari company M tu (ke'confius'an telah melanda diri)... pastu aku check la letterhead company M tu, no faks yang En.Badrul tu bagi xsama dengan no faks yang ada pada  letterhead syarikat M tu.... (confius lg ni)... kan silap faks ke orang yang tak sepatutnya kan mampus aku kena gulai dengan bos...

Untuk kepastian,aku call la syarikat M tu, nak confirm de ke tak officer yang bernama En. Badrul... pastu dengan yakin aku men'dial' no company M tu.......

aku : "hallo, boleh bercakap dengan en. badrul?"

tukang jawab talipon : "hallloooo, ni cawangan kuala terengganu, saya ni pembantu makmal disini, kebetulan saya lalu saya angkat talipon" (dia jawab sambil tergagap, mcm org br blaja jd operator)

(conpius aku)

aku : "haaa??"  ( kuala terengganu??? bkn  company M ni kt KL ke (dalam hati je) , "err..., boleh cakap dengan en.badrul?"

tukang jawab talipon : " oooo pengetua, tunggu sekejap ye, sy panggil...."

aku : ...........................?????? pengetua ??? (dalam hati)

pastu aku terus letak talipon macam tu je, sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal... aikk betul ke en badrul tu.... pengetua ape plak ni.... (conpius 10x ganda)

pastu aku check la balik panggilan keluar kt skrin phone opis tu...rupanya aku siilap, tak letak '03' kat depan... pkai tekan no je aku ni.... hahahahaha

tapi yang aku peliknya , nama pengetua tu en badrul ke? kebetulan plak ek nama sama,  atau pun pembantu makmal tu tadi dengar aku sebut nak cakap dengan pengetua kot.... tapi jauh bebenor bunyinya 'pengetua'  dgn 'en.badrul'... dah  la no sama dengan no company M tu, cma beza aku tak letak '03' je kat depan.....pelik betul, hahahaha.... tergelak aku sorang2.... kebetulan ke tu??

Pastu, aku dial semula dengan no yang betul, n memang confirm de officer yang nama en.badrul, n aku call n  buat2 tanye  "en.badrul, de terima tak faks saya".....hihihihi (padahal mase tu aku tak faks pun lagi, just nak confirm je betul ke dia yg minta)...hahahahahahahahaha

p/s : Maaf en.Badrul, saya bukan nak bersangka buruk, cuma berhati-hati je...hihihi
 ( tak salah kan kalau kita berhati-hati, sebab walau sekecik hal sekalipun, ia tetap tanggungjawab yang kita kena laksanakan.... kan..kan...?? :-) )

moral of the story : salah aku jugak sebab masa terima panggilan tu pikiran sedikit melayang, sebab tula jadi  tak confirm dgn apa yeng en.badrul tu ckp... tapi 'kebetulan' yang berlaku tu telah membuat aku conpius tahap maksima n masih terpikir2, nak tergelak pn ade.....




~~Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati...

Mesti Suka Baca Ini Jugak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...