La Ilaha
ilallah Allahuakhbar
Berfikir
sejenak... kenapa Allah tak beri apa yang aku minta??
"Allah
tak beri aku anak"
"Allah,
lambatnya jodoh aku"
"aku
nak tu, aku nak ni, kenapa Dia tak bagi, aku dah berusaha macam2"
Tutup
mata pikir dalam2, tak bersyukur lagi ke dengan yang ada di sekililingmu??
Allah
beri kamu kenderaan yang baik untuk bergerak
Allah
beri rumah untuk berteduh
Allah
beri kesihatan yang baik,fizikal yang sempurna & keluarga yang bahagia..
Allah tak
beri anak,tapi tidakkah Allah kurniakan kamu suami yang baik dan penyayang,dan
bukan kaki pukul..
Allah
masih beri masa & peluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mu dimana
tak semua orang memiliki peluang itu...
Allah
beri kita hidup aman damai, hirup udara segar dan bukannya negara yang
berperang...
Kita
masih boleh makan ikut waktunya, sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang,
makan malam, dan siap 'supper' sekali...
Masih kita tidak syukur, hanya kerana Dia tidak beri apa yang kita nak?
Allah
Sudah banyak nikmat yang Dia telah berikan, tapi aku langsung tidak bersyukur kepadaNya dan kadang lalai dengan suruhanya..
Allahuakhbar
Ampunillah aku ya Allah.."
FB Sya Cda October 30, 2016
Hari ini,
Allah detikkan kembali rasa syukur, ku lihat persekitaran, apa yang ada disekelilingku, sesungguhnya aku bersyukur, terima kasih yang tidak biarkan aku terus alpa, Dia jentik hatiku supaya aku tidak lupa, Alhamdulillah.
"Cuba lihat apa yang ada disekitar kita,banyak lagi nikmat yang Allah beri tanpa kita sedar untuk bersyukur dengan pemberianNya.
Alhamdulillah"
FB Sya Cda October 30, 2018
NotaKaki : Ku sematkan disini supaya aku tidak terus lupa untuk rasa ini.