ciksya-cda.blogspot.com. Powered by Blogger.
  • Home
  • Aromatherapy
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
facebook google twitter tumblr instagram linkedin

CikSya Cda

"Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati"


"SubhanAllah Alhamdulillah
La Ilaha ilallah Allahuakhbar

Berfikir sejenak... kenapa Allah tak beri apa yang aku minta??

"Allah tak beri aku anak"
"Allah, lambatnya jodoh aku"
"aku nak tu, aku nak ni, kenapa Dia tak bagi, aku dah berusaha macam2"

Tutup mata pikir dalam2, tak bersyukur lagi ke dengan yang ada di sekililingmu??

Allah beri kamu kenderaan yang baik untuk bergerak
Allah beri rumah untuk berteduh
Allah beri kesihatan yang baik,fizikal yang sempurna & keluarga yang bahagia..
Allah tak beri anak,tapi tidakkah Allah kurniakan kamu suami yang baik dan penyayang,dan bukan kaki pukul..
Allah masih beri masa & peluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mu dimana tak semua orang memiliki peluang itu...
Allah beri kita hidup aman damai, hirup udara segar dan bukannya negara yang berperang...
Kita masih boleh makan ikut waktunya, sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, dan siap 'supper' sekali...

Masih kita tidak syukur, hanya kerana Dia tidak beri apa yang kita nak?

Allah

Sudah banyak nikmat yang Dia telah berikan, tapi aku langsung tidak bersyukur kepadaNya dan kadang lalai dengan suruhanya..

Allahuakhbar

Ampunillah aku ya Allah.."

#nikmattuhanmanayangkaudustakan

#duniainipinjamandariallah 
FB Sya Cda October 30, 2016 

Hari ini, 

Allah detikkan kembali rasa syukur, ku lihat persekitaran, apa yang ada disekelilingku, sesungguhnya aku bersyukur, terima kasih yang tidak biarkan aku terus alpa, Dia jentik hatiku supaya aku tidak lupa, Alhamdulillah.

"Cuba lihat apa yang ada disekitar kita,banyak lagi nikmat yang Allah beri tanpa kita sedar untuk bersyukur dengan pemberianNya.

Alhamdulillah"
#feelingygsama2tahunlepas
#AllahDetikkankembalidalamhati
#supayasentiasabersyukur
#ingatAllahada
#nikmatapalagiyangkaudustakan
FB Sya Cda October 30, 2018 

NotaKaki : Ku sematkan disini supaya aku tidak terus lupa untuk rasa ini.


2:47 PM No comments
Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia blog, akhirnya aku terasa ingin kembali dalam dunia blog. Selepas 6 tahun, sebelum ni aku blogging hanya sekadar untuk meluahkan rasa, bila baca-baca balik posting2 lama nak tergelak pun ada... sekarang aku ingin manfaatkan apa yang  aku ada. 6 tahun menyepi macam2 yang aku lalui. macam-macam fasa, dari putus cinta, membenci, sakit hati, dendam, dan saat aku redha dengan dendam tu, Allah hadirkan seseorang yang tak kusangka, n lepas tu fasa bencinta lepas kahwin, fasa berTTC selama 4 tahun dan akhirnya aku dikurniakan zuriat pada Januari 2018. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Alhamdulillah aturan Allah cantik sekali, dia hadiahkan kami zuriat pada waktu yang tepat, sekarang baru aku tahu kenapa Allah memberi masa 4 tahun baru aku dikurnikan zuriat. akhirnya aku nampak hikmahnya. Aku masih ingat dengan apa yang pernah ibu saudaraku beritahu yang Allah masih belum kurniakan apa yang kita nak sebab dia tahu kita masih belum bersedia, walaupun masa tu aku rase cukup bersedia, sekarang aku faham dan bersetuju dengan ape yang dimaksudkan. So kepada sahabat2 yang masih berTTC, jangan putus asa, teruskan berusaha, dan bersangka baik dengan Allah, lambat atau cepat je, dan kita wanita selagi kita masih mempunyai rahim, kita pasti akan mengandung, sabar dan terus memohon padanya, InsyaAllah pada masa yang tepat ia pasti hadir. 

Begitu juga dengan bab jodoh, sampai masa Allah akan hadirkan seseorang dalam hidup kita, kita akan berjumpa dengan orang salah dulu sebelum berjumpa dengan orang yang selayaknya,mungkin Allah memberi kita masa untuk memperbaiki diri dan mungkin si dia juga sedang memperbaiki diri untuk kita. Jadi bersangka baiklah dengan aturan Allah. Teruskan berdoa, bulan Ramadhan yang mulia ini,carilah peluang, banyak  waktu  mustajab doa.  Allah tidak akan menolak doa hambanya dimana waktu kita sedang menunggu untuk berbuka puasa (10-15 minit sebelum waktu berbuka) , jadi berdoalah pada Allah ketika itu, mohon bersungguh-sungguh, InsyaAllah kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang Allah akan makbulkan doanya. 

Sekian coretan rasa dari insan yang serba kekurangan.~csc
1:08 AM No comments
KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cobaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia...

Sumber :~Heliza Helmi Official FB~



Sumber Gambar : Google
Allah berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina”. (Al Mukmin : Ayat 60)



~~Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan...
8:49 PM 6 comments
Olla... udah lme rasenye x update blog klu update pn Cuma yg simple2 aje.... skrg mmg super duper busy, so sebab tu la tak sempat menyempat.... hihihi...

Hari ni SyaCda nak share menu yang terpopular buat masa ini, al-maklumlah sekarang kan musim mencadat sotong, so menu yang famous sekarang ialah ketupat sotong.....mmg sedap,  hari ni rase bertuah sangta sebab dapat belajar buat ketupat sotong............

so, kat sini SyaCda nak share macam mana nak buat ketupat sotong...

Bahan-bahannya :
- bahan utama semestinya sotong, santan , beras pulut , bawang merah, halia, serai, 1 sudu kecil alba, sedikit garam dan gula..

untuk kuah :
-didihkan air dan masukkan santan
-lepas itu, masukkan hirisan bawang, halia dan alba
-masukkan gula dan garam
-masukkan 1 sudu beras pulut (petua untuk kuah pekat & rasa manis) & serai
-kacau sehingga rata
untuk ketupat sotong :
- 1 gelas santan dicampurkan sekali dengan beras pulut, rendam seketika dan masukkan sedikit garam.

-  sumbatkan beras pulut ke dalam sotong , dan kukuskan



sampai la jadi buncit macam ni......
- selepas itu masukkan sotong yang telah dikukus tadi ke dalam kuah, biarkan sehingga mendidih.

dan bersedialah untuk dimakan.....nyummmy.-nyummyy...........
hihihihi pandai tak SyaCda masak...... memang xde tandingannya la, menjilat jari, tapi.....................
ni lah tukang masak yang sebenarnya (my lovely nenek ).... SyaCda pembantunye aje....hihihi
okey la, SyaCda nak melantak ketupat sotong kejap..... daaa............. have a nice day u ol...♥ 


~~Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati...


p/s : teringin sgt nak p mencadat sotong, tapi tak dibenarkan p....huhuhu
10:10 PM 4 comments

Asslamualaikum...
Sebenarnya dah tak tahu nak update ape kat blog... Idea banyak tapi tak pandai nak mencurahkannya,hihihi.. n  nak mengadap sehari suntuk dengan memang tak cukup mase... al-maklum la ni musim nak tutup akaun ni, memamg agak busy..... tapi tak ape la, asal update kan...hihi..  Hari ni duk belek-belek web iluvislam.com, tertarik dengan artikel ni, mungkin boleh di jadikan inspirasi buat kita semua kan... happy reading :).......
Artikell tu berbunyi..... 
Siapa Yang Cantik ?
alt
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.


1:21 PM No comments

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.



YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
10:07 PM No comments
Hari ni sambil wat keje sambil duk belek fb sorang kawan ni..belek punya belek tertarik dengan satu artikel luvislam.com dalam wall dia... artikel ni sesuai dijadikan teladan buat kita semua saat2 ditimpa masalah @ ape2 aje yang sewaktu denganya,hehe.... happy reading :)

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

www.iluvislam.com
11:32 AM 5 comments
Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan


Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira....... tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.....
6:10 PM No comments


Alihkan mAta ke laUt, airnya cAntik mbiru & pnuh ktEnangn,tp hny ALLAH shj y thu rAhsia didalamnya,begitulh dgn kEhidupn mnusia,riAng ktAwa..ttpi hny ALLAH y thu rAhsia khidUpannya,jika rs kcEwa,lihtlah ke sUngai, airnya masih mengalir biarpn bjUta batu menghAlang, jika rs sEdih, pandanglh ke lAngit,ia akn menyEdarkn kt bhw ALLAH sentisa bersama.. jika gmbira,bsujudlh ke bUmi tempat b'Pinjak.Sbg tnda syUkur kita kpdNYA..




Mukadimah pertama... aku suka sgt dgn ayat kt atas tu... bermula hari ni.. rase nk berblog..chewahh tetiba plak...  bkn rajin sgt pun.. cuma aku suka share sesuatu.. klu nk menulis sesuatu yg baik yg boleh kongsi same2... dah lame register dgn blog ni..cma xtahu nk tulis ape... hihi..so hari aku bermula dgn ayat tersebut... ayat kt atas tu ade seseorang pernah bg kat aku.. so sampai sekarang aku masih simpan...terpahat dalam hati.. i like it.. :)


"Tiada Yang Istimewa, Hanya Sekadar Nukilan"

_syaCda
4:55 PM No comments
Newer Posts

ABOUT ME

 photo syacda 2.jpeg
SyaCda
Terengganu
I love Account & Photography
Account Executive | Pengedar Sutra Kuala Terengganu | Nurraysa NEP
SUTRA is about scentsation

Follow Us

Labels

Artikel Bingkisan Doa Cerita Aku i luv islam kenapa?? Ketupat Sotong NUKILANKU

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2018 (2)
    • ▼  October (1)
      • "SubhanAllah Alhamdulillah La Ilaha ilallah ...
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates