ciksya-cda.blogspot.com. Powered by Blogger.
  • Home
  • Aromatherapy
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
facebook google twitter tumblr instagram linkedin

CikSya Cda

"Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati"

Olla... udah lme rasenye x update blog klu update pn Cuma yg simple2 aje.... skrg mmg super duper busy, so sebab tu la tak sempat menyempat.... hihihi...

Hari ni SyaCda nak share menu yang terpopular buat masa ini, al-maklumlah sekarang kan musim mencadat sotong, so menu yang famous sekarang ialah ketupat sotong.....mmg sedap,  hari ni rase bertuah sangta sebab dapat belajar buat ketupat sotong............

so, kat sini SyaCda nak share macam mana nak buat ketupat sotong...

Bahan-bahannya :
- bahan utama semestinya sotong, santan , beras pulut , bawang merah, halia, serai, 1 sudu kecil alba, sedikit garam dan gula..

untuk kuah :
-didihkan air dan masukkan santan
-lepas itu, masukkan hirisan bawang, halia dan alba
-masukkan gula dan garam
-masukkan 1 sudu beras pulut (petua untuk kuah pekat & rasa manis) & serai
-kacau sehingga rata
untuk ketupat sotong :
- 1 gelas santan dicampurkan sekali dengan beras pulut, rendam seketika dan masukkan sedikit garam.

-  sumbatkan beras pulut ke dalam sotong , dan kukuskan



sampai la jadi buncit macam ni......
- selepas itu masukkan sotong yang telah dikukus tadi ke dalam kuah, biarkan sehingga mendidih.

dan bersedialah untuk dimakan.....nyummmy.-nyummyy...........
hihihihi pandai tak SyaCda masak...... memang xde tandingannya la, menjilat jari, tapi.....................
ni lah tukang masak yang sebenarnya (my lovely nenek ).... SyaCda pembantunye aje....hihihi
okey la, SyaCda nak melantak ketupat sotong kejap..... daaa............. have a nice day u ol...♥ 


~~Yang Terlintas Di Fikiran,Yang Terdetik Di Hati...


p/s : teringin sgt nak p mencadat sotong, tapi tak dibenarkan p....huhuhu
10:10 PM 4 comments

Asslamualaikum...
Sebenarnya dah tak tahu nak update ape kat blog... Idea banyak tapi tak pandai nak mencurahkannya,hihihi.. n  nak mengadap sehari suntuk dengan memang tak cukup mase... al-maklum la ni musim nak tutup akaun ni, memamg agak busy..... tapi tak ape la, asal update kan...hihi..  Hari ni duk belek-belek web iluvislam.com, tertarik dengan artikel ni, mungkin boleh di jadikan inspirasi buat kita semua kan... happy reading :).......
Artikell tu berbunyi..... 
Siapa Yang Cantik ?
alt
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.


1:21 PM No comments

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.



YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
10:07 PM No comments
Newer Posts
Older Posts

ABOUT ME

 photo syacda 2.jpeg
SyaCda
Terengganu
I love Account & Photography
Account Executive | Pengedar Sutra Kuala Terengganu | Nurraysa NEP
SUTRA is about scentsation

Follow Us

Labels

Artikel Bingkisan Doa Cerita Aku i luv islam kenapa?? Ketupat Sotong NUKILANKU

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2018 (2)
    • ▼  October (1)
      • "SubhanAllah Alhamdulillah La Ilaha ilallah ...
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates